Friday, December 16, 2011

Pelajar Perubatan Malaysia yang hilang di Dublin sejak 2009....Ditemui Tapi...


Dublin, 15 Dis : Bekas pelajar perubatan University College Dublin (UCD), 
Ariff Alfian Rosli, 28, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya
 kelmarin berada dalam keadaan selamat di Dublin, Ireland.
Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam yang mengesahkan
 perkara itu berkata, pihaknya maklum tentang kehadiran Ariff Alfian
 di negara itu sejak beliau masih dalam pengajian di UCD lagi.
Bagaimanapun, katanya, pihak kedutaan dan Wisma Putra 
tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar 
tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan 
Peribadi Dublin.
”Kerana itu juga Ibu Pejabat Imigresen Republik Ireland tidak 
boleh memberi maklumat berkaitan Ariff Alfian kepada ibu bapanya,
 ini kerana kita terikat dengan akta tersebut dan bukan seperti yang 
dilaporkan oleh ibu bapanya semalam.
”Status Ariff Alfian di sini sah termasuk dari segi visa dan
 segala dokumennya juga sah. Semua sah, tiada
 kesalahan. Justeru, beliau dibenarkan untuk menetap di sini.
“Namun, kita sebagai pihak yang terdekat dengan
 Ariff Alfian akan berusaha mendapatkan beliau 
supaya menghubungi keluarganya di Malaysia,” katanya.
Wisma Putra ambil langkah sewajarnya
Sementara itu, Bahagian Konsular dan Bahagian
 Eropah Wisma Putra ketika dihubungi menjelaskan 
pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya untuk 
mengesan pelajar terbabit selepas menerima laporan 
kehilangan pada 2009.
“Kami telah mengambil langkah sewajarnya untuk mengesan
 pelajar tersebut dan telah dimaklumkan pelajar itu mempunyai 
rekod yang sah untuk memasuki Ireland.
“Namun, percubaan untuk menghubungi beliau gagal kerana dia
 tidak mahu berjumpa pihak kedutaan mahupun keluarganya,” kata 
sumber tersebut.
TAPI RUPA2NYA....Ariff Alfian Rosli telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang di’khabarkan bernama Jonathan di Dublin, Ireland.
Berikut adalah gambar Perkahwinan Mereka:

 

   





No comments:

Post a Comment