Tuesday, September 18, 2018

Bunga kacang telang

bunga kacang telang dari sumber Mad Isyak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pasti ada penggemar nasi kerabu yang masih tidak mengetahui bagaimana nasi tersebut boleh berwarna biru. Sebenarnya, warna biru tersebut datangnya dari sejenis bunga yang dikenali dengan nama kacang telang atau lebih dikenali dengan nama bunga nasi kerabu oleh penduduk di Kelantan. Bukan setakat di Malaysia, pewarna biru daripada bunga kacang telang ini juga popular di Asia Tenggara.

Anda tentu masih ingat entry saffron yang dikatakan mampu merangsang minda. Jika di sini amat payah untuk mendapatkan saffron, apa kata kita cuba bunga kacang telang pula. Selain popular sebagai pewarna, bunga kacang telang dikatakan mampu merangsang memori.

Kacang telang atau nama botaninya clitoria ternatea merupakan tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Fabaceae. Nama lain bagi kacang telang ialah butterfly pea vineblue peaanchan (Thailand), Pukinggan (Filipina) dan Dau biec (Vietnam). Pada zaman dahulu sebelum terjumpanya bahan pewarna seperti yang terdapat dengan mudah sekarang, bunga kacang telang amat popular digunakan sebagai pewarna makanan.

Tanaman ini berasal dari Asia yang beriklim tropika khatulistiwa, tetapi telah diperkenalkan ke Afrika, Australia dan Amerika. Tumbuhan ini akan membaik subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi) serta memerlukan cahaya matahari secukupnya untuk membesar.

pokok kacang telang

bunga kacang telang

bunga kacang telang

Ciri-ciri yang paling ketara tentang tanaman ini adalah bunga-bunga hidup yang biru tua atau ungu kebiruan dengan tanda kuning muda di tengah-tengah bunga, mekar sepanjang tahun. Saiz bunganya adalah sekitar 4 cm panjang 3 cm lebar. Ada beberapa jenis bunga telang yang menghasilkan bunga yang berwarna putih. Buah kacang telang berukuran 5 - 7 cm, polong mendatar dengan 6 hingga 10 biji dalam polong masing-masing. Kacang telang boleh dimakan setelah matang.

bunga dan buah kacang telang

Kacang telang membaik dengan cara keratan batang atau biji. Tumbuh sebagai pokok anggur atau menjalar, sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman untuk pasu gantung. Bagi mereka yang ingin menanam tumbuhan ini, terdapat cara untuk menyemai biji benihnya. Caranya adalah dengan merendam biji benih tersebut ke dalam air selama 3 hingga 4 jam sebelum disemai dalam tanah. Selalunya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari. Untuk menanam melalui keratan batang pula, caranya adalah dengan menyemai batang dalam pasir yang lebap dan pastikan airnya mencukupi. Setelah hidup segar, tumbuhan ini perlu selalu dipangkas (dipotong rantingnya) untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.

Khasiat perubatan bagi wanita

Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita. Oleh kerana memmpunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruhi kepada sistem pembiakan manusia. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonore, mengendalikan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak. Amalan ini dicatatkam dalam sebuah kepercayaan kuno dicatat dalam Doktrin Signatures.

Terdapat juga kepercayaan yang mengatakan bahawa untuk mengelakkan keguguran, batang kacang telang ini dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Sama ada berkesan atau tidak, cara ini tidak dapat dibuktikan.

Menyuburkan rambut

Sejak turun temurun, kacang telang telah dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit rambut.

Mengurangkan sakit kepala

Daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga tersebut. Kemudian masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur oleh pesakit.

Dikatakan juga bunga kacang telang boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut. Air rendaman bunga ini juga dikatakan mampu merawat insomnia. Dalam perubatan tradisional pula, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit tekak dan penyakit kulit.

Merangsang memori dan kebijaksanaan

Di India, kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.

Pewarna makanan dan fabrik

Selain digunakan sebagai pewarna makanan, bahan pewarna yang terhasil daripada rendaman bunga kacang telang juga telah digunakan sebagai pewarna pakaian ataupun nila. Caranya adalah dengan menambahkan warna biru ini kepada air bilasan terakhir pakaian terutamanya pakaian berwarna putih. Tujuannya adalah untuk mencerahkan fabrik tersebut.

Friday, December 16, 2011

Pelajar Perubatan Malaysia yang hilang di Dublin sejak 2009....Ditemui Tapi...


Dublin, 15 Dis : Bekas pelajar perubatan University College Dublin (UCD), 
Ariff Alfian Rosli, 28, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya
 kelmarin berada dalam keadaan selamat di Dublin, Ireland.
Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam yang mengesahkan
 perkara itu berkata, pihaknya maklum tentang kehadiran Ariff Alfian
 di negara itu sejak beliau masih dalam pengajian di UCD lagi.
Bagaimanapun, katanya, pihak kedutaan dan Wisma Putra 
tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar 
tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan 
Peribadi Dublin.
”Kerana itu juga Ibu Pejabat Imigresen Republik Ireland tidak 
boleh memberi maklumat berkaitan Ariff Alfian kepada ibu bapanya,
 ini kerana kita terikat dengan akta tersebut dan bukan seperti yang 
dilaporkan oleh ibu bapanya semalam.
”Status Ariff Alfian di sini sah termasuk dari segi visa dan
 segala dokumennya juga sah. Semua sah, tiada
 kesalahan. Justeru, beliau dibenarkan untuk menetap di sini.
“Namun, kita sebagai pihak yang terdekat dengan
 Ariff Alfian akan berusaha mendapatkan beliau 
supaya menghubungi keluarganya di Malaysia,” katanya.
Wisma Putra ambil langkah sewajarnya
Sementara itu, Bahagian Konsular dan Bahagian
 Eropah Wisma Putra ketika dihubungi menjelaskan 
pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya untuk 
mengesan pelajar terbabit selepas menerima laporan 
kehilangan pada 2009.
“Kami telah mengambil langkah sewajarnya untuk mengesan
 pelajar tersebut dan telah dimaklumkan pelajar itu mempunyai 
rekod yang sah untuk memasuki Ireland.
“Namun, percubaan untuk menghubungi beliau gagal kerana dia
 tidak mahu berjumpa pihak kedutaan mahupun keluarganya,” kata 
sumber tersebut.
TAPI RUPA2NYA....Ariff Alfian Rosli telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang di’khabarkan bernama Jonathan di Dublin, Ireland.
Berikut adalah gambar Perkahwinan Mereka:

 

   





Monday, June 6, 2011

Ikan Duyung Pernah Hidup di Dunia!





Tahun 1493, Christopher Columbus berlayar mendekati Haiti kepulauan Hawai, beserta para awak kapalnya melihat tiga mahluk aneh, yang muncul di permukaan laut luas dekat sebuah gugusan karang.
Mereka keheranan, tatkala melihat wajah dan bentuk fisik mahluk tersebut. separuh badan seperti manusia. Berlainan sekali dengan mahluk yang telah mereka kenal, di muka bumi ini. Ketika mereka mencari jawaban dari rasa keheranan itu, ketiga makhluk tersebut keburu menghilang ke dalam lautan luas, meninggalkan para awak kapal yang bengong kebingungan.
Pengalaman aneh itu terus membayangi pikiran Columbus sepanjang hidupnya, dan jadi pembicaraan hangat di manapun ia berkumpul. Malah dalam satu terbitan jurnalnya, pelaut Spanyol itu (kelahiran Italia, orang Italia) menorehkan dalam catatannya, bahwa makhluk itu wajahnya benar benar menyerupai manusia, tapi dari pinggang ke bawah seperti ikan. Catatan Columbus itu, mengundang banyak pertanyaan para pembaca. Seterusnya menimbulkan polemik dan perdebatan serius, dari para ilmuwan hingga beratus ratus tahun kemudian.. “Masa ada manusia yang hidup dan tinggal di dalam lautan, padahal untuk hidup di air, mahluk hidup harus memiliki insang ?” pikir para peneliti setengah percaya setengah tidak ,tatkala membaca catatan Columbus sehubungan fenomena misterius itu.
Catatan penemu benua Amerika itu, hingga saat ini terus berkembang. Bahkan selainColumbus, konon... seorang pelaut Inggris bernama Henry Hudson, mengakui pernah bertemu dengan mahluk aneh seperti penemuan Columbus. Ia mengakui pertemuannya dengan mahluk misterius itu pada tahun 1608. Mahluk aneh itu dijumpai di sebuah gugusan pulau yang sebagian daratannya diliputi salju. Kisah perjalannya mengarungi “tujuh samudera” yang di antaranya ke daerah gugusan pulau pulau di dekat Siberia, Kutub Utara yang masih asing., dituangkan dalam dalam buku “The Adventures”Dikisahkan, ketika siang itu, dia dan para awak buah kapal sedang belayar di lautan Utara Rusia, di teropong pelaut melihat sosok benda mencurigakan berada di pinggir pantai sebuah gugusan karang yang diselimuti salju. Digambarkan bentuk mahluk itu, pada bagian atas jasadnya seperti manusia belia. Lekuk tubuhnya sangat jelas, memiliki rambut panjang tergerai dibalik bahu yang putih. Bagian tubuh bawahnya, yang ada di permukaan pasir pantai mirip seekor ikan.
Begitu mahluk itu menoleh ada mahluk asing di dekatnya, kawanan mahluk itu bergegas menghilang di kedinginan laut utara yang banyak esnya.Berbagai teori dan analisis dari berbagai belahan bumi, yang dikaitkan dengan misteri perwujudan ikan duyung itu, selama ratusan tahun terus bermunculan. Bukti demi bukti pun mulai banyak terungkap, baik berupa mummi, gambar di dinding kuil, bangunan kuno, ataupun bukti berupa patung-patung kuno.
Kisah manusia ikan ini, nyaris seperti cerita UFO atau
mahluk purba lainnya seperti, Lochness, ular naga, dan big foot yang merebak tidak pernah habis jadi bahan berita berdasarkan penemuan dan bukti bukti di lapangan, ditambah dengan berbagai bentuk pengujian. Para ilmuwan menyimpulkan, pada dasarnya para ahli bersepakat, bahwa mahluk purba ini merupakan salah satu spesies hidup yang pernah ada di muka bumi ini.
Hingga kini, kemajuan sains dan teknologi kelautan di dunia, pada dasarnya belum mampu mengungkap lebih jauh data data yang berkaitan dengan kehidupan mahluk air misterius ini.Dengan peralatan dan teknologi canggih sekarang, para ahli konon baru mampu menyelam hingga kedalaman sekitar 4.000 meter saja. Para ahli kelautan mengatakan, 70 prosen dari isi lautan dihuni oleh dua triliunan spesies biota laut yang kehidupannya belum terungkap. Yang sudah diinvestigasi para ahli saat ini, tidak lebih dari angka satu persen saja.
Jadi bukan tidak mungkin, ikan duyung juga sebenarnya wujud dari sebuah spesies biota laut yang pernah hidup. Namun diduga telah hilang dari percaturan sebelum kehidupannya diteliti. Memang semua kehidupan di kedalaman samudra, hingga kini masih belum terungkap semua.Hanya sedikit sekali yang tejangkau oleh para ahli kelautan dunia.
Dalam catatan dokumenter internasional lain, yang dibuat seorang veteran Perang Dunia II dan ahli ilmu pengetahuan alam bangsa Yunani bernama Pulini, dalam karya abadinya yang berjudul (terjemahan) “History of Universe ” ( Sejarah Alam) dikatakan, berdasarkan bukti dan data yang terekam, yang diperoleh dari seluruh belahan bumi, keberadaan mahluk setengah ikan tersebut tidak perlu diragukan.Namun demikian, dari kehidupannya yang panjang, masih banyak jejaknya yang belum terungkap dan masih diselimuti misteri. Ia bahkan menduga kuat, bahwa mahluk air yang misterius itu masih ada keterkaitannya dengan mahluk dunia yang hilang di benua atlantis.
Para ahli lainnya, yaitu Doktor Yelimiya, ilmuwan dari Rusia juga menceritakan penemuan kelompok studinya, yang terdiri dari para ahli biota laut. Mereka menemukan data sesosok mumi mahluk misterius di sebuah goa pesisir Pantai Laut Hitam,yang merupakan bagian dari wilayah Rusia Selatan. Kabar penemuan ini, diungkapkan dalam sebuah jurnal penelitian ilmiah. Mereka mengungkapkan,sosok makhluk yang ditemukan tersebut berbeda dengan temuan temuan di daerah lain.
Mahluk aneh ini lebih tampak benar benar seperti seorang wanita, berparas aneh berkulit hitam. Fisik mummi ini dari ekor hingga pinggangnya bersisik, sementara dari bagian tengah ke atas berupa wajah manusia dengan panjang 173 cm. Dari uji carbon, para ilmuwan meyakini usia makhluk tersebut, ketika meninggal usianya lebih dari 100 tahun, dan usia mumminya berumur sekitar 4.000 tahun.
Di Indonesia, ikan duyung bentuknya seperti ikan lumba-lumba.Hidup berkelompok di perairan Timur Indonesia dari Pulau Bali hingga ke NTT dan Kepulauan Maluku. Ikan ini sangat jinak dan termasuk binatang menyusui atau mamalia laut, karena menyusui anaknya seperti ikan paus yang sering tertangkap oleh para nelayan.Uniknya bila bersentuhan dengan udara, dari bagian kelopak matanya keluar air. Air inilah mungkin,yang sering disebut dengan air mata duyung untuk diolah jadi minyak duyung yang memiliki khasiat dalam pengobatan dan konon juga dalam pengasihan.
Bila melihat data dan fakta yang bisa disaksikan oleh mata dan kepala kita, mahluk purbayang tubuh bagian bawahnya berupa ikan dan pada bagian kepalanya ada yang mirip manusia ini, memang pernah ada dan dipercayai pernah hidup di muka bumi. Berbeda dengan keberadaan sosok ular naga, atau mahluk mahluk misterius lainnya bukti bukti fisiknya hingga sekarang masih belum ditemukan. Sementara penyebaran informasi keberadaan mahluk “ikan duyung ” dan naga di dunia, sudah merambah luas.Namun apakah ikan yang separuh berbadan manusia cantik ini,masih ada sekarang? Tentu saja masih perlu dibuktikan.
~Farrell~

Sunday, December 5, 2010

~Tak Mungkin Kerana Sayang ~

 Miss U suddenly....Tapi xmungkin kita akan bersama kembali..Namun kau tetap abadi didalam sanubariku...Didalam mimpi sekalipun kau tetap menjauhkan diri....Farrell

Saturday, December 4, 2010

Ada Apa Dengan Cinta?

Cinta, apa itu cinta...Bagiku cinta itu adalah satu perasaan magis yg hadir tanpa dipaksa..kadang kala cinta itu perlukan pengorbanan..Cinta juga kadang kala mengundang perasaan gelisah,cemburu dan benci.. Namun cintaku bagaikan cinta Laksamana Hang tuah Kepada Puteri Gunung Ledang..Cinta Tak Kesampaian..Namun Cinta kepada Tuhan jua yg paling suci dan abadi..... Farrell